Buaya mengajar Quran kepada
pembaca di Rusia
Posted on Monday, January 27 @
13:47:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh
memo
Artikel "
Pembaca buku di Rusia
dikejutkan dengan satu lukisan kartun yang terdapat dalam buku kisah dongeng
Rusia untuk pengajaran kepada anak-anak mengenai aspek kebersihan. Apa yang
memeranjatkan dalam kartun tersebut sang buaya memegang sekeping kertas.
Setelah dibuat kajian kertas tersebut ialah merupakan naskhah Al Quran dari
surah Hijir, surah ke 15, ayat 1 hingga 15.
Pelukis yang melukis kartun
tersebut sendiri tidak mengetahui bahawa gulungan kertas tersebut ialah dari Al
Quran. Pelukis kartun tadi berkata dia membuat carian dalam internet dan
mendapati gambar tersebut cantik dan amat sesuai untuk lukisannya tanpa
mengetahui ianya adalah surah Al Quran.
SUBHANALLAH ! Buaya adalah
makhluk ALLAH. Buaya-buaya amat menghormati ulamak-ulamak Islam di Negeri
Sembilan pada zaman lampau. Buaya-buaya amat penting dalam menjaga kelangsungan
ekosistem kita terutama dalam aspek kebersihan sungai dan laut.
