.jpg)
Tiada akan ada taklif kepada seseorang muslim sebelum sampai kepadanya dakwah. Penjelasan yang tepat, dari sumber yang sahih dan diterima oleh masyarakat Islam secara mutlak. Keperluan ini mesti dilaksanakan jika ia seruan dakwah telah kepada mereka.
“Sungguhnya Kami telah memberikan
wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada
Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah
memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi
Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi
Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada
Nabi Daud: Kitab Zabur.” ( Q.S. An-Nisaa': 163 )

“Sesiapa yang beroleh hidayah
petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang
didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat
maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga.
Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain
(bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum
Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).” (
Q.S. Al-Israa': 15 )


“Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai
kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar
(dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka:
"Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran
(di dunia dahulu)?"
Mereka menjawab: "Ada!
Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran,
lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan
sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada
dalam kesesatan yang besar! " ( Q.S. Al-Mulk: 8-9 )

No comments:
Post a Comment