Manusia yang ingkar terhadap
rukun-rukun iman;
Beriman kepada Allah s.w.t., kitab-kitabnya, malaikat-malaikatnnya, rasul-rasulnya, hari kiamat dan qada dan qadar.
Hakikatnya kerana keingkaran
kepada Allah kerana merka menjadikan kwujudan makhluk itu adalah sama dengan kewujudan Allah s.w.t. Manusia tidak
dapat membezakan antara kewujudannya dari segi zat, cabang, jenis, pengkelasan,
-cabang
Iktikad akal adalah
khayalan-khayalan Syaitan
“Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang
diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan
(yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang
tidak renggang daripadanya.
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari
jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang
mendapat hidayah petunjuk.” ( Q.S.
Az-Zukhruf 43: 36-37 )
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang
mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain
daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut
peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan
sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat
jauh.” ( Q.S. An-Nisaa': 116 )
“Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta
memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh
Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.” ( Q.S. An-Nisaa': 120 )
No comments:
Post a Comment