“Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan. Sesungguhnya Allah mengetahui (kepalsuan) apa jua yang mereka sembah yang lain daripadaNya, dan Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya.” ( Q.S. Al-'Ankabuut: 41-43 )

Thursday, December 12, 2013

ISTIGFAR MENGHALA BALA ALLAH S.W.T.



Hassan Al-Basri telah berkata bahawa satu kaum telah mendakwa bahawa mereka mencintai Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. telah mewahyukan surah Ali Imran ayat 31 sebagai satu ujian kepada mereka. Sesungguhnya Allah s.a.w. telah menerangkan di dalam ayat di atas iaitu barangsiapa yang mendakwa mencintai Allah s.w.t. tetapi tidak mengikuti Muhammad s.a.w. bukanlah ia darai kalagan hamba-hamba Allah s.w.t.:


A031


“Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” 

Ramai manusia menyangka mereka adalah dari golongan hamba Allah s.w.t. tetapi sebaliknya tidaklah mereka dari golongan tersebut. Yahudi dam Nasrani juga mendakwa bahawa mereka dari kalangan hamba-hamba Allah s.w.t.. mereka berkata bahawa tiada seorang juapun akan memasuki syurga kecuali dari kelompok mereka. Bahkan mereka mendakwqa bahawa mereka adalah anak Tuhan dan kekasihnya. Allah s.w.t. menjelaskan dalam surah al-Maidah ayat 18 tetntang golongan Yahudi dan Nasrani itu:



A018


“Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: "Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya". Katakanlah (wahai Muhammad): "(Kalau betul demikian), maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali." 


Dalam surah al-Baqarah:


 A111
A112


“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” ( Q.s. Al-Baqarah: 111-112 )
  
Mengapa golongan musyrik Arab mendakwah mereka  adalah hamba-hamba Allah s.w.t. Mereka beranggapan apabila mereka menduduki Mekah dan berhampiran dengan Baitullah. Mereka bangga  diri kerana perkara tersebut. Allah s.w.t. memberitahu kepada kita melalui AL-Quran ayat Al-Anfal ayat 30-31:


A030
A031
A032
A033
A034
A035


“Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami, mereka berkata: "Sesungguhnya kami telah mendengarnya. Kalau kami mahu, nescaya kami dapat mengatakan (kata-kata) seperti (Al-Quran) ini. (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah cerita cerita dongeng orang-orang dahulu kala.

Dan (ingatlah) ketika mereka (kaum musyrik Makkah) berkata: "Wahai tuhan kami! Jika betul (Al-Quran) itu ialah yang benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".

Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).

Dan mengapa mereka tidak patut diseksa oleh Allah, sedang mereka menyekat (orang-orang Islam) dari masjid Al-Haraam, padahal mereka bukanlah orang-orang yang berhak menguasainya (kerana mereka kafir musyrik)? Sebenarnya orang-orang yang berhak menguasainya hanyalah orang-orang yang bertaqwa, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu (wahai orang kafir) akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu.” ( Q.S. Al-Anfaal: 30-35 )




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... BARANGSIAPA YANG MEMILIKI ILMU MAKA KATAKANLAH! DAN BARANGSIAPA YANG TIDAK MEMILIKI ILMU MAKA KATAKANLAH: 'ALLAHU ALAM!' KERANA SESUNGGUHNYA TERMASUK ILMU ADALAH UCAPAN ORANG PADA APA YANG DIA TIDAK TAHU: 'AKU TIDAK TAHU.' SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MENGATAKAN KEPADA NABINYA: KATAKANLAH, (HAI MUHAMMAD): AKU TIDAK MEMINTA UPAH SEDIKIT PUN KEPADA KALIAN DAKWAHKU; DAN BUKANLAH AKU TERMASUK ORANG-ORANG YANG MENGADA-ADAKAN (MEMAKSAKAN DIRI)." ( Ibnu Ma'sud r.a. )