Masa adalah kehidupan.
Masa adalah emas.
Masa yang tepat adalah suatu saat kejayaan yang diperolehi.
Masa adalah kerugian bagi mereka yang lalai.
Masa adalah kecelakaan kepada mereka yang:
Mempunyai hati, tetapi tidak digunakan memahami (ayat-ayat Allah s.w.t.).
Mempunyai mata, tetapi tidak digunakan melihat (tanda-tanda kekuasan Allah).
Mempunyai telinga, tetapi tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah s.w.t.).
Hassan Al-Banna berkata:
“Jadilah tajam seperti waktu, kerana kebencian timbul daripada kata
mudah-mudahan dan tinggalkan perkataan ‘barangkali’ kerana ia merupakan
penyakit terbesar.”
Emas boleh dicari tetapi
masa yang hilang sukar dikembalikan dan tindak mungkin berulang lagi.
Nabi s.a.w. mengingatkan
bahawa: Setiap kali fajar menyinsing, maka hari berseru, ‘Wahai manusia, aku
adalah makhluk yang baru, menjadi saksi atas amalmu, maka ambillah bakal
dariku, kerana aku tidak akan kembali hingga hari kiamat.’”
Masa itua suatu yang amat
berharga dan ia berbeza dari segi:
Berkatnya.
Keuntungannya.
Kebaikannya.
Kelebihannya.
Kemuliaannya
Keutamaannya.
Kebahagiannya.

No comments:
Post a Comment